Kata Seru
Kata Seru ialah kata yang digunakan
untuk menyatakan perasaan dan hadir dalam ayat seruan.
Berikut merupakan panduan untuk
menggunakan kata seru.
Kata Seru
|
Penggunaan
|
Ayat Contoh
|
aduh
|
untuk
menyatakan perasaan:
(a)
kagum
(b)
sakit
|
(a)
Aduh, besarnya dewan komuniti di kampung itu!
(b)
Aduh, sakitnya kakiku akibat dipijak olehnya!
|
aduhai
|
untuk
menyatakan perasaan sedih
|
Aduhai,
tiada sesiapa yang sudi membantuku!
|
ah
|
untuk
menyatakan tidak setuju atau untuk menyatakan penolakan
|
Ah,
tidak patut dia memulakan angkara!
|
amboi
|
untuk
menyatakan perasaan hairan atau kagum
|
Amboi,
rajin sungguh Aina menyertai aktiviti gotong-royong!
|
cis
|
untuk
menyatakan perasaan marah, benci, atau mencemuh
|
Cis,
berani kamu melemparkan tuduhan kepadanya!
|
eh
|
untuk
menyatakan perasaan terkejut atau hairan
|
Eh,
awal pula awak mendaftar program sukarelawan ini!
|
hai
|
untuk
menyapa seseorang atau untuk menarik perhatian orang
|
Hai,
sudah lama kita tidak berjumpa!
|
nah
|
untuk
menarik perhatian atau pelbagai maksud lain
|
Nah,
cubalah rasa kuih yang kubuat ini!
|
oh
|
untuk
menyatakan perasaan terkejut, kecewa, hairan atau mengharap
|
Oh
Tuhanku, Engkau makbulkanlah doaku!
|
wah
|
untuk
menyatakan perasaan kagum
|
Wah,
ramainya tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri!
|
wahai
|
untuk
menyatakan perasaan sayang, sedih, atau untuk menarik perhatian atau merayu
|
Wahai
anak bangsaku sekalian, berdamailah untuk kesejahteraan hidup!
|
syabas
|
untuk
memuji atau mengucapkan tahniah
|
Syabas,
anda telah berjaya dilantik menjadi pengerusi Kelab Rukun Tetangga!
|
Samsiah Mohd. Salim. (2015). Fokus 4U Tatabahasa PMR. Johor Bahru:
Pelangi Publishing Group.